Dec 20, 2010

isteri cerdik dan solehah


Helo2,gud morning everybody..arini nk story mory pasal tajuk kat atas tuh. Dpt entry ni lepas terdengar lagu nasyid kat dapoq from IKIM.fm..
Hmm macamana nk jd isteri yg solehah ye? According to  Ustaz azhar:

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
= ofcourse la aku syg kuarga dia dan kuarga aku..,xdanya nk pilih kasih (ceh mcm da ada mak mertua plak!hak3)

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak 

membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. 
= jaga la sket2..huhu, yg pasai benarkn kn laki lain masuk umah xkn berlaku kot,sebab kemana suami aku p aku nk ikot!haha

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
= of course la,kalu x watpa aku kawin ngn lelaki kalu xbleh buat keputusan n lembik2 mcm sotong

 
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. 

= tapi kalu lelaki xsetia! kompem akn melemahkn smangt isteri nk taat kt si suami

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. 

= layyyaannn aje,suami yg xmau lekat kt umah knkadang

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat. 

= OF COURSE I DO,takut suami xpecaya ja kt isteri

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan. 

 = zaman skang ni suami juga bijak perabihkan harta isteri...

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya. 

= kalu mampu pun buat xreti ja nk belikn..huhu


* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar. 

= INSYAALLLAH.aku kan berusaha utk lebih sabauuu n xmarah2

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
= kalu melawan mmg nk mintak penampo free la kan

 
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan. 

= of course..nk anak yg comey2

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami. 

= aku ni serabai je 24 jam..haih

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri. 

= Insyaallah,akan di usahakan utk xpentingkn diri..

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya. 

= blushing2 ja ble dgn suami kan..hua3

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

= jagalah awk kalu melencong kat tmpat lain!!! hehehe

No comments: