
Seorang guru mesti mampu menyampaikan dan menunjukkan kekuatan ilmu.Sebab, kekuatan seorang guru, menurut setiap umat termasuk umat islam, terletak pada kemampuannya menyampaikan pelajaran dengan jelas, bagus dan berkesan. Jika ciri ciri ini dimiliki seorang guru maka murid muridnya sudah tentu akan menaruh hormat padanya. Mereka akan memuliakannya kerana mereka merasakan bahawa mereka sedang duduk di hadapan seorang guru yang luas ilmunya dan benar benar menguasai pelajaran yang diajarkannya.
Justeru itu, guru-guru yang menyampaikan pelbagai bentuk kemahiran dalam penyampaian akan menjadi idola yang paling berbakat di mata murid-muridnya. Mereka akan menyanjung dan menghormatinya.
Pada masa yang sama, guru yang tidak menguasai matapelajarannya dan tidak pula dapat menyampaikan dengan berkesan akan menjadi ejekan, dan ia juga merupakan orang yg paling lemah untuk mempengaruhi hati dan amat mustahil untuk memikat hati murid-muridnya.
No comments:
Post a Comment