Jan 29, 2009

siapa AkU!!

rahsia diri melalui percutian.

GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.

Jan 28, 2009

idamanku



badan sgt solid, bergaya, simple,dan hensem.huhu

Jan 22, 2009

cerita lama

sekolah tadika : SEKOLAH TABIKA KEMAS, KAMPUNG ALAI MELAKA

tabiat: 1. main sorot2 ngn buaian lps habis time rehat. sebab
time tu xde orang sgt. Main smpai kene kejar ngn Cikgu
Aishah. (chare)

2. mintak ubat vitamin oren lebih. Mane cukup sebijik!!

3.pinjam kaler budak2 lain. sebab kaler ak kecik je,patah
plak tu, nk gak merase gune kaler besau.(kalu
malu,rugi!!)

sekolah rendah :SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI

tabiat: 1.dtg skola pagi2 sket sebab nk pinjam buku member.baru nk
buat keje sekolah!!

2.suka buat larian baton.menaikkan name pasukan rumah
hijau.yeah

3.makan RMT sebanyak 2 round.sebab macam bnyk lg je lauk yg
xabes dmakan!! (xbaik buang2 rezeki)

4.orang paling awal pegi rehat. bile dengar bunyi loceng je
jerit2.'yeaaaa'

5.suke mkn hotdog yg panas2 kat kantin waktu pagi. 20 sen
satu ketul.

6.suke datang skolah time ujan. sebab dkt longkang dpn blok
aku akan
dinaiki air. Best wo main air..kihkih

7.xreti nak kawan ngan pompuan. sebab xtau la.diorng xske
main lari2 pon. asik main bola jaring jek. uweks

8.slalu kene rotan sbb xbuat keje skolah. xde hal lah.

sekolah menengah:SMK PADANG TEMU (1-3)

tabiat: 1.datang skola lambat, pastu kene denda cabut kemuncup
dekat padang. cabut sket sudeh!

2.lepak2 kat cristal bay utk mencari ketenangan..hihi

3.agak sombong sedikit sebab dpt masuk klas pandai kot. tp
da bertaubat daa.

4.dapat ramai kawan pompuan..beshnyee.

5.mula blaja melepak kt bandar

6.xsuke masuk kelas sejarah. boring gler ah.

7.selalu kene duk depan time beratur time assembly.sebab
tinggi sgt. pastu duk usha abg senior. (chare)

8.mcm bese kene rotan sbb xsiap keje skola. xde hal lah.

9.malas da nk kawan ngn laki sebab kat situ ramai yg bajet
hensem jek.tp aku pun bajet lawa jugak time tu..hehe

10. merempit dgn abg aku naik yamaha 125 setiap pg nk p
skolah. malas la
nk nek basikal, moto kn ade.

SMK TELOK MAS(4-5)

1.lari daripada asrama. pastu felo dpt tngkap..agak cuak la
tapi tetap selambe.

2. malas giler nk p prep. bukan belajau pon. membebel je
kije.

3.aktif dalam meniru buku ad math kawan baik (mekasih lina)

4.jadi ceti haram dlm kelas

5.slalu kene duk luar kelas sebab xsiapkn karangan. xkesah
beb!!

6.kene tuduh mencurik.sampai nangis2.ak xtakut la sebab ak
xbuat.

7. xsuke senior sbb diorng xsuke aku..suke ati korang la.
xluak pon

8. merempit guna moto honda ex5 setiap ari jumaat.baru
remaja!!

Jan 16, 2009

adik aku tingktn 4 skang..

"Salam..Ajai ko ade kalkulator 570MS x? kalo ade bwk balik eh."

dak eca tetiba je anta sms kul 5ptg td. Time tu ak tgh main game bookworm, book 1.
bile aku baca je sms tu br la aku tersedar yg adik aku amek subjek MATEMATIK TAMBAHAN!!. seingt aku, aku xpenah pun lulus subjek tuh.ish3
kalu die suh aku ajau mate tam tuh, camane aku nk ajau nnti!! buku rujukan sasbadi tu pun da kene bakar agaknye!!hehe

Jan 10, 2009

wo jiao hajar

Final Fantasy Character Test


Which Final Fantasy Character Are You?




Final Fantasy VII


* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

siapa sahabat ??

>insan yg jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yg termampu dan terbaik pada kita
tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita

>insan yg menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan
alasan

>insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah dan menasihati kita daripada
perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama

>insan yang menjadi inspirasi, peniup semangat dan pemberi motivasi apabila kita
kecewa, patah semangat dan menyerah kalah

>insan yg boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya
kepada orng lain

>insan yg sedia mengajarkan ilmu, kemahiran dan pengalamannya kepada kita tanpa
sebarang syarat

>insan yg sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali
solat


nota kaki: nama sahabat sy Rahmah

Jan 9, 2009

fuck israel



kalu korang nk jadi penyumbang duit utk beli senjata2 israel tuh sila la beli!! seronok kan bunuh saudara sendiri..